Selasa, 1 Mei 2018

Analisis Poster dalam Filem Congkak

Gambar 1.Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak_(filem)#/media/File:PosterCongkak.jpg 


BAHASA – TEXT DAN NOMBOR
Di dalam poster filem seram congkak mereka menggunakan perkataan congkak sebagai simbolik genre seram mereka. Kalau di ikutkan kepercayaan orang yang terdahulu, Congkak adalah satu permainan yang berhantu kerana ia membuat kita leka. Untuk bermain congkak, jampi mentera akan dibaca di awal permainan. Melalui corak tulisan yang digunakan mereka menggunakan corak tulisan yang mencorakkan kayu using. Hal ini mungkin kerana, mereka ingin menggambarkan corak dan jenis kayu congkak yang lama dan usang.

WATAK PERWATAKAN- EXPRESI WAJAH, MANUSIA DAN BENDA HIDUP (HAIWAN,TUMBUHAN)
Watak perwatakan yang ditunjukkan dalam poster congkak tersebut, mereka menggambarkan watak perwatakan yang ketakutan dengan melihatkan expresi wajah yang sedang ketakutan. Melalui gambaran yang digunakan, penonton dapat melihatkan bahawa file mini adalah bergenrekan seram. Selain itu, mereka juga menyelitkan beberapa benda hidup(haiwan,tumbuhan) bagi memperlihatkan lagi genre seram itu antaranya ialah mereka meletakkan gambar permainan congkak dengan dikelilingi batu nisan sepertinya permainan congkak itu berada dikawasan perkuburan. Oleh hal yang demikian, mereka menggambarkan kepercayaan orang terdahulu yang percaya bahawa permainan congkak itu adalah permainan yang berhantu.

BUSANA DAN MAKE UP- PAKAIAN, EKSPRESI DAN SOLEKAN
Busana adalah pakaian lengkap yang dipakai oleh watak-watak didalam sesebuah filem. Pemilihan busana sangat penting untuk menyokong dan menonjolkan watak perwatakan setiap pelakon. Dalam poster filem ini, pemilihan busana mengikut kesesuian latar dan watak. Sebagai contoh, dalam poster filem congkak ini, pelakon-pelakon telah menggunakan busana berwarna lembut agar tidak terlalu menyerlah meski terdapat sedikit warna cerah pada busana. Busana-busana mereka juga hanya memakai pakaian yang biasa seperti baju tidur dan tshirt biasa.
Make-up yang diaplikasikan dalam poster ini hanya menggunakan tatarias yang biasa seperti make-up harian yang tidak berlebihan. Ia menunjukkan watak-watak lebih realisme dan hanya memberikan sentuhan dibahagian “shading” atau “contour” muka pelakon sahaja.

PERALATAN- BENDA BUKAN HIDUP (MEMBANTU WATAK @ ELEMEN PENTING DALAM FILEM)
Seperti yang tertera didalam poster ini, peralatan yang digunakan untuk membantu watak atau suatu elemen penting adalah alat permainan Congkak itu sendiri. Ia jelas diletakkan didalam poster untuk menarik minat penonton untuk mengetahui misteri yang ada pada congkak tersebut. Selain itu, ia menimbulkan suatu penegasan bahawa congkak ini adalah elemen yang menggerakkan cerita ini.
Peralatan lain yang terdapat didalam poster adalah batu nisan. Objek ini diletakkan diposter sebagai suatu unsur kematian, roh dan seram. Batu nisan ini juga sebagai suatu simbol didalam cerita dimana ia menyampaikan sesuatu mesej bahawa filem ini mempunyai cerita tentang kematian.
LATAR BELAKANG TEMPAT DAN LATAR MASA
Latar belakang tempat adalah satu aspek dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan sesuatu filem yang berkualiti tinggi. Latar belakang tempat adalah satu aspek dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan sesuatu filem yang berkualiti tinggi Latar tempat yang digunakan dapat melihatkan unsur-unsur seram yang cuba di lihatkan dalam filem ini dan sekalgus telah menjayakan penghasilan filem ini.
Latar masa juga adalah merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menghasilkan sesebuah filem. Latar masa yang tepat dapat menghasilkan perasaan dan menimbulkan emosi para penonton untuk bersama-sama menonton filem yang dihasilkan.  Latar masa yang digunakan dalam filem Congkak arahan Ahmad Idham terbahagi kepada dua iaitu pagi dan malam. Namun demikian, filem Congkak arahan Ahmad Idham lebih gemar dan banyak mengunakan latar masa pada waktu malam untuk lebih menonjolkan elemen-elemen ataupun unsur-unsur seramdalam filem ini.
SIMBOL DALAM POSTER
Dalam poster filem Congkak arahan Ahmad Idham telah memaparkan beberapa simbol yang dapat kita lihat. Antaranya ialah simbol batu nisan yang mana dapat memberitahu kepada audiens bahawa cerita ini adalah genre seram. Simbolik kepada dua buah batu nisan adalah menceritakan tentang orang yang sudah meninggal dunia yang gemar bermain congkak dan menghantui orang lain untuk bermain bersama-sama dengannya dan sekali gus menonjolkan lagi unsur seram di dalam flem tersebut. Seterusnya, simbol congkak merupakan simbol utama yang mana sangat berkaitan dengan tajuk serta jalan cerita yang cuba di sampaikan. Simbol congkak yang ditekankan dalam poster filem ini adalah cuba mengangkat sebuah tradisi permainan lama yang pada hari ini semakin dilupakan dan cuba di angkat semula oleh Ahmad Idham melalui filem yang bergenre seram ini. Selanjutnya, wajah para pelakon yang kelihatan ketakutan menimbulkan dan menguatkan lagi unsur-unsur filem seram ini.
BANGUNAN
Dalam pembikinan filem seram, pemilihan tempat adalah salah satu factor yang penting untuk menyampaikan unsur menakutkan pada penonton. Seperti dalam filem CONGKAK arahan admad idham, beliau telah menggunakan sebuah banglo besar yang kononnya sudah agak lama kosong. Oleh itu timbul tanda tanya kepada penonton apa yang ada pada banglo lama. Melihat kepada persekitarannya sahaja sudah menyeramkan dengan adanya tasik lama di sebelah banglo tersebut manakala terdapat juga belukar di belakang rumah itu. Unsur-unsur sebegini sudah cukup membuatkan penonton takut. Disebabkan persepsi penonton rumah lama atau rumah yang ditinggalkan mesti mempunyai hantu telah membantu emosi penonton untuk sampai dengan cepat. Selain itu, dalam filem CONGKAK ini juga terdapat sebuah bilik yang aneh yang mempunyai sebuah congkak lama dan di situlah tempat bermulanya perjalanan cerita yang menyeramkan dengan struktur dalam rumah tersebut yang suram dan gambar-gambar lama yang menyeramkan. Lokasi sememangnya memainkan peranan besar dalam menyampaikan emosi kepada penonton.
UNSUR KEKAGUMAN-XFACTOR
Setelah menonton filem CONGKAK ini, unsur kekaguman yang membuatkan saya sebagai penonton tertarik dengan adegan dalam filem ini apabila anaknya lisa mula berhalusinasi dengan penjaga rumah tersebut sambil bermain congkak yang dia sahaja boleh Nampak dan selepas itu ibunya safiah tidak tahan dengan kelakuan anaknya selalu bermain congkak itu sendirian, telah mengambil keputusan untuk membuang congkak tersebut di dalam tasik sebelah banglo tersebut. Selain itu juga, emosi penonton pada kemuncaknya apabila adegan safiah didapati tidur di siling rumah, apabila dia sedar terdengar bunyi orang bermain congkak, padahal congkak tadi telah dibuangnya dan apabila safiah pergi ke bilik tidur anaknya dia melihat anaknya telah hilang. Selain daripada kekaguman daripada naratif cerita, saya juga kagum melihat teknikalnya iaitu cara penggambaran yang sangat membantu, cara-cara penggambaran untuk cerita bergenre seram banyak ditunjukkan dalam filem CONGKAK ini. Ia merangkumi lighting, make up, busana, props, dan penyuntingan banyak membantu dalam penyampaian cerita seram.
DOMINASI WATAK
Watak adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah filem. Tanpa watak tiadalah pelakon dalam filem. Watak terbahagi kepada dua watak utama juga watk sampingan. Watak utama adalah salah satu pembawa cerita yang di kenala sebagai antagonis subjek yang membawa perjalanan sesebuah cerita. Dalam filem congkak dominasi watak dalam cerita ini di pegang oleh satu keluarga.  Watak yang dominan dalam cerita ini ialah Kazman isteri, dan juga anak anak nya. Dalam poster filem tersebut juga di kaitkan dengan subjek watak utam iaitu sebuah gambar keluarga yang mana keluarga ini adalah pendominasi dalam cerita ini. dapat di jadikan contoh permulaan cerita sudah di perlihatkan mereka sekeluarga menghadapi konflik ketika sampai di sebuah penginapan banglo. Pelbagai peritiwa pelik telah berlaku terhadap keluarga ini telah di pertontonkan. Watak Lisa yang menimbulkan lagi konflik dari masa ke semasa  kerana telah turun ke sebuah bilik gelab setiap malam untuk bermain congkak dengan makhluk ghaib. selepas dari itu pelbagai peritiwa pelik telah berlaku.
SECARA KESELURUHAN- UNSUR SERAM MENONJOL ATAU TIDAK
Secara keseluruhan n cerita ini nyata menonjolkan unsur seram. Dari masa ke semasa. Namun dari segi poster pula ada beberapa unsur yang menyebabkan ia Nampak seolah olah filem seram komedi ataupun filem seram yang betul betul seram. Ini kerana akpresiasi wajah pelakon tersebut tidak menunjukkan unsur seram yang sangat menakutkan. Namun begitu latar belakang poster tersebut menonjolkan lagi kisah ini adalah kisah seram. Tambahan pula ada di selitkan batu nisan perkuburan. Untuk pemikiran masyarakat sekarang simbol bagi batu   nisan adalah sesuatu yang menyeramkan hal ini kerana di biasakan oleh nenek moyang kita yang sengaja menakutkan kita dengan perkara perkara sebegitu, namun saikologi seram itu terbina sendiri sehingga sekarang. Selain itu  penekanan pada unsur warna juga turut menimbulkan satu cerita miteri di tambahkan pula ada satu makhluk membawa seorang kanak kanak perempuan berjalan. Dari segi pemilihan “font” ianya sangat menarik dari penulisan tajuk juga yang menggunakan font seakan latarbelakang kayu. Mewujudkan lagi unsur seramnya.
Jika dilihat dari segi filem pula. Sudah tentu unsur unsur suspen rakaman lembaga adalah satu konsep bagimana untuk bermain dengan saikologi  penonton. Dari segi muzik pemilihan muzik sangat tepat untuk genre seram sebegini. Latar tempat juga dalam filem ini telah memainkan peranan yang sangat besar  untuk menguatkan lagi unsur kekaguman seram dalam file ini.
Kesimpulannya filem ini dari segi poster cuma apresi wajah watak itu sendiri perlu di beri penekanan agar sesebuah mesej seram itu dapat di capai. Namun dari segi penceritaan dalam filem tersebut boleh di katakan cemerlang.



ANALISIS FILEM CONGKAK

SINOPSIS FILEM CONGKAK
Mengisahkan tentang Kazman serta isterinya Sufiah pergi bercuti bersama dua orang anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Banyak peristiwa pelik yang berlaku semasa mereka berada di banglo tersebut. Sufiah cuba untuk meyakinkan Kazman keluar dari rumah itu tetapi tidak dipedulikan suaminya. Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, iaitu Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap yang ada di banglo itu untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya dapat dilihat olehnya. Sufiah yang tidak tahan dengan perkara itu telah bertindak membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama. Suatu malam, Sufiah dikejutkan dengan bunyi congkak dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dia melihat orang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di atas siling bilik.


TEMA
Tema yang dapat dilihat dalam filem congkak ini ialah tentang sebuah permainan tradisional melayu iaitu CONGKAK. Seperti yang kita tahu melalui sosiobudaya melayu, permainan congkak mempunyai cerita motos yang menganggap bahawa permainan itu tentang sebuah kematian kerana bentuk congkak itu sendiri menyerupai kuburan dan mempunyai tujuh lobang yang mempunyai banyak maksud. Disebabkan cerita-cerita mitos ini yang banyak menjadi tanda tanya kepada masyarakat, ahmad idham dan piare andre cuba untuk membuat penyelidikan dan hasilnya mereka terjemahkan menjadi sebuah filem iaitu filem congkak. Oleh itu, disebabkan tema filem ini mengangkat maksud lain dalam permainan congkak telah menarik minat penonton untuk menonton file mini untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang congkak itu sendiri.



WATAK
(NANA BAHARUDDIN)
Nana Baharuddin merupakan salah seorang pelakon utama dalam filem congkak yang memegang watak sebagai Sufiah. Sufiah iaalah seorang isteri kepada kazman dan juga merupakan ibu kepada Ely dan Lisa. Perwatakan sufiah dalam cerita congkak ini adalah sorang ibu yang penyayang dan  seorang yang cepat merasai sesuatu yang aneh dalam setiap keadaan.

(RIEZMAN KHUZAIMI)
Riezman Khuzaimi merupan pelakon utama dalam filem congkak ini. Dimana Riezman memegang watak sebagai Kazman, iaitu suami kepada  Sufiah dan bapa kepada Ely dan Lisa. Kazman sering diganggu sehinggakan anak-anak dan isterinya turut diganggu disebabkan Kazman yang membawa mereka bercuti dan tinggal di banglo tersebut.

(ERYNNE ERYNNA / ERIN MALIK)
Erynne Erynna memegang watak sebagai Lisa manakala Erin Malik memegang watak sebagai Ely iaitu kakak kepada Lisa. Dalam filem ini Ely dan Lisa adalah mangsa keadaan dimana Lisa sering diganggu dengan nenek tua yang selalu mengajaknya untuk bermain congkak di dalam sebuah bilik. Watak mereka berdua berjaya dibawa dengan begitu baik.

PLOT
Permulaan
bermula apabila Kazman, lakonan Reizman Khuzaimi, membeli sebuah rumah lama menerusi seorang kawannya. Tanpa memeriksa terlebih dahulu, Kazman terus membeli rumah lama itu dan menjadikan rumah tersebut sebagai lokasi percutian dia dan keluarganya. Dalam perjalanan kerumah bangle tersebut, Kazman ada bertanyakan jalan kepada seorang tua yang misteri. Semakin mereka mendekati rumah tersebut, semakin banyak peristiwa aneh dan menyeramkan berlaku. Bermula dengan mimpi ngeri yang dialami oleh Sufiah manakala Ely dan Lisa mengadu mendengar suara Opah yang memanggilnya berkali-kali
Pertengahan
Sufiah terdengar bunyi orang bermain congkak dan sering dilanda mimpi ngeri berkaitan dengan Lisa, nenek tua dan congkak. Sufiah mula berasa tidak tenteram untuk tinggal di rumah tersebut. Penunggu yang berupa seperti nenek tua atau Opah itu ingin sering bermain-main dengan Lisa. Apabila mendapati ibu bapa Lisa menjadi penghalang terhadap hubungan Opah dan Lisa, Opah mula bertindak semakin agresif. Dia semakin berani menakut-nakutkan ahli-ahli keluarga Kazman dan pada akhirnya berjaya melarikan Lisa ke alam ghaib.

Peleraian
Namun, kehadiran seorang lelaki tua atau Pak Tua, lakonan M. Rajoli, yang bertindak sebagai penyelamat mengubah keadaan. Pak Tua yang memiliki kemahiran dalam bidang paranormal dan mistik berusaha untuk menewaskan penunggu kawasan rumah tua itu bagi mengembalikan Lisa.


Laras Bahasa

Filem Congkak merupakan filem seram dibawah arahan Ahmad Idham berdasarkan skrip yang di tulis oleh Pierre Andre. Kisah  Filem Congkak ini bermula  apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik. Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.
          Bahasa yang digunakan dalam filem Congkak ini ialah bahasa melayu pasar. Dialek bahasa lain tidak digunakan dalam file mini. Pendekatan bahasa melayu pasar mudah membuat penonton faham perkara yang ingin disampaikan. Selain itu file mini juga menggunakan bahasa keagamaan yang mana penggunaan bahasa dari ayat suci Al-Quran untuk menggambarkan filem tersebut mempunyai unsur-unsur budaya melayu islam yang mengamalkan perubatan rukyah tradisional kampung. Sebagai contoh Pak Tua meminta Kazman untuk membaca selawat Nabi tetapi Kazman tergagap-gagap. Seterusnya bahasa kamera memainkan peranan penting. Dalam file mini, bahasa kamera digunakan untuk unsur-unsur saspen dan flashback.
         

Latar

Latar adalah tempat, suasana, ruang, dan waktu terjadinya cerita. Latar boleh bersifat nyata, benar, fakta dan juga melalui imaginasi. Fungsi latar adalah memperkuat dan memperteguh keyakinan pembaca terhadap sesuatu jalan cerita. Terdapat lata masa, latar tempat, dan latar masyarakat.
          Latar tempat dalam filem Congkak menerangkan latar tempat di Kawasan luar bandar dan Kawasan hutan yang terletaknya sebuah banglo ditepi tasik. Latar tempat di sebuah banglo di tepi tasik merupakan penggerak cerita contohnya kisah ini bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti Bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa cuti.
          Seterusnya, latar masa yang digunakan dalam filem Congkak ialah pada sekitar tahun 2008. Terdapat juga beberapa latar masa yang digunakan dalam filem Congkak ini seperti waktu pagi, senja dan malam. Sebagai contoh, Pada waktu malam , Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.






TEORI

Dalam filem Congkak, terdapat juga pendekatan teori yang di gunakan dalam filem ini. Congkak adalah sebuah permainan yang positif. Nilai-nilai positif ini dapat dilihat menerusi beberapa babak dalam filem Congkak. Permainan congkak memerlukan kecerdasan akal untuk berfikir, pemerhatian dan penelitian yang tajam selain sifat jujur dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, dua orang yang sedang bermain congkak perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Pendekatan teori digunakan dalam filem arahan Ahmad Idham yang mana teori Gangguan Makhluk Halus Dalam Filem Congkak. Filem Congkak mendedahkan secara dialog mengenai bagaimana gangguan makhluk halus boleh berlaku. Berdasarkan kata-kata seorang bomoh dalam file mini, apabila seorang anak adam itu bermain-main pada waktu senja, maka kemungkinan akan melanggar secara ghaib dengan makhluk-makhluk halus. Makhluk-makhluk halus ini berkemungkinan akan terperangkap dalam tubuh anak Adam dan keadaan ini akan menyebabkan anak Adam meracau-racau. Melihat kepada watak Ely ( Nur’ Arina ) meracau-racau mahu pulang ke tempat asalnya. Dalam kes ini, kekuatan makhluk halus malampaui kudrat anak gadis yang bernama Ely. Namun, makhluk halus itu sebenarnya Cuma terperangkap dalam badan Ely lalu kerasukan meminta dilepaskan. Dengan kaedah paranormal, bomoh tersebut Berjaya mengeluarkan makhluk halus itu dari tubuh Ely.
          Selain itu, teori estetika dalam filem Congkak dapat di lihat melalui dialog-dialong yang digunakan. Seperti di ketahui teori estetika merupakan teori keindahan. Penggunaan dialog keislaman memperlihatkan keindahan dialog. Sebagai contoh, Pak Tua meminta Kazman untuk membaca Selawat Nabi. Selain itu latar tempat yang menarik. Hal ini bersesuaian dengan teori etetika. Kedudukan banglo yang yang terletak di sebelah tasik memperlihatkan keindahan.

           
Laras Bahasa

Filem Congkak merupakan filem seram dibawah arahan Ahmad Idham berdasarkan skrip yang di tulis oleh Pierre Andre. Kisah  Filem Congkak ini bermula  apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik. Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.
          Bahasa yang digunakan dalam filem Congkak ini ialah bahasa melayu pasar. Dialek bahasa lain tidak digunakan dalam file mini. Pendekatan bahasa melayu pasar mudah membuat penonton faham perkara yang ingin disampaikan. Selain itu file mini juga menggunakan bahasa keagamaan yang mana penggunaan bahasa dari ayat suci Al-Quran untuk menggambarkan filem tersebut mempunyai unsur-unsur budaya melayu islam yang mengamalkan perubatan rukyah tradisional kampung. Sebagai contoh Pak Tua meminta Kazman untuk membaca selawat Nabi tetapi Kazman tergagap-gagap. Seterusnya bahasa kamera memainkan peranan penting. Dalam file mini, bahasa kamera digunakan untuk unsur-unsur saspen dan flashback.
         

Latar

Latar adalah tempat, suasana, ruang, dan waktu terjadinya cerita. Latar boleh bersifat nyata, benar, fakta dan juga melalui imaginasi. Fungsi latar adalah memperkuat dan memperteguh keyakinan pembaca terhadap sesuatu jalan cerita. Terdapat lata masa, latar tempat, dan latar masyarakat.
          Latar tempat dalam filem Congkak menerangkan latar tempat di Kawasan luar bandar dan Kawasan hutan yang terletaknya sebuah banglo ditepi tasik. Latar tempat di sebuah banglo di tepi tasik merupakan penggerak cerita contohnya kisah ini bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti Bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa cuti.
          Seterusnya, latar masa yang digunakan dalam filem Congkak ialah pada sekitar tahun 2008. Terdapat juga beberapa latar masa yang digunakan dalam filem Congkak ini seperti waktu pagi, senja dan malam. Sebagai contoh, Pada waktu malam , Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

TEORI

Dalam filem Congkak, terdapat juga pendekatan teori yang di gunakan dalam filem ini. Congkak adalah sebuah permainan yang positif. Nilai-nilai positif ini dapat dilihat menerusi beberapa babak dalam filem Congkak. Permainan congkak memerlukan kecerdasan akal untuk berfikir, pemerhatian dan penelitian yang tajam selain sifat jujur dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, dua orang yang sedang bermain congkak perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Pendekatan teori digunakan dalam filem arahan Ahmad Idham yang mana teori Gangguan Makhluk Halus Dalam Filem Congkak. Filem Congkak mendedahkan secara dialog mengenai bagaimana gangguan makhluk halus boleh berlaku. Berdasarkan kata-kata seorang bomoh dalam file mini, apabila seorang anak adam itu bermain-main pada waktu senja, maka kemungkinan akan melanggar secara ghaib dengan makhluk-makhluk halus. Makhluk-makhluk halus ini berkemungkinan akan terperangkap dalam tubuh anak Adam dan keadaan ini akan menyebabkan anak Adam meracau-racau. Melihat kepada watak Ely ( Nur’ Arina ) meracau-racau mahu pulang ke tempat asalnya. Dalam kes ini, kekuatan makhluk halus malampaui kudrat anak gadis yang bernama Ely. Namun, makhluk halus itu sebenarnya Cuma terperangkap dalam badan Ely lalu kerasukan meminta dilepaskan. Dengan kaedah paranormal, bomoh tersebut Berjaya mengeluarkan makhluk halus itu dari tubuh Ely.
          Selain itu, teori estetika dalam filem Congkak dapat di lihat melalui dialog-dialong yang digunakan. Seperti di ketahui teori estetika merupakan teori keindahan. Penggunaan dialog keislaman memperlihatkan keindahan dialog. Sebagai contoh, Pak Tua meminta Kazman untuk membaca Selawat Nabi. Selain itu latar tempat yang menarik. Hal ini bersesuaian dengan teori etetika. Kedudukan banglo yang yang terletak di sebelah tasik memperlihatkan keindahan.

           




Kata Kata Hikmah

MOHAMMAD HAFIZ ABDUL LATIF





KATA KATA HIKMAH 
MOHD SAIFUL KADIR








MOHAMMAD SHAZLIKA BIN SAHRUDIN

Ahad, 29 April 2018

VIDEO FINAL YEAR PROJEK
MOHAMMAD HAFIZ ABDUL LATIF


VIDEO FINAL YEAR PROJECT
SAIFUL KADIR


MOHAMMAD SHAZLIKA BIN SAHRUDIN







Selasa, 24 April 2018

PUISI GRAFIK 
MOHAMMAD HAFIZ BIN ADBUL LATIF
BA 15160982
PUISI GRAFIK
MOAMAD SHAZLIKA BIN SAHRUDIN
BA15160987

puisi grafik 
Mohd Saiful Kadir



Isnin, 19 Mac 2018


MUHD HAFIZ ABDUL LATIF
BA15160982

Rogol bergilir gilir: Empat Mahasiswa Universiti Direman

KOTA KINABALU: Empat penuntut universiti awam di reman tujuh hari bertujuan membantu siasatan bagi satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di pantai odec UMS.
Inspektor , Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di kolej kediaman mereka masing masing sebelum dibenar reman bermula hari ini.
keempat empat Mahasiswa terbabit , ditahan selepas seorang saksi yang melihat kejadian membuat laporan polis di Balai Polis alamesra , kira-kira 8.50 pagi semalam.
Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut
Mangsa masih dalam keadaan trauma dan dirawat di hospital queen Elizabeth kota kinabalu.

(Contoh berita) 

 Memartabatkan Sasterawan Negara: Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan FKSW UMS Blok Seni Menyambut Baik Kedatangan Sasterawan Negara Ke 11.

UMS: 15 MAC 2018 Prof Dr Ismail Dekan Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan merasmikan majis menyambut sasterawan negara ke 11 Datur Dr Ahmad Kamal Abdullah (KAMALA) merangkap presiden persatuan (NUMERA) Malaysia.

Numera adalah satu badan yang mengangkat martabat kusasteraaan secara konsisten dan menduniakan Bahasa melayu. Antara ahli ahli yang terlibat dalam NUMERA selain presiden NUMERA ialah Pak cik Amir, Umar Uzair,Shirley idris dan Dato Dr Nashuha Jamidin serta seorang wakil DBP.

Majlis juga dihadiri oleh mahasiswa Seni Kreatif serta beberapa orang luar yang ingin melihat sasterawan negara. persembahan puisi yang dideklamasikan para tetamu juga memeriahkan lagi majlis yang diadakan.

Umar Uzair yang mendedndangkan sebuah lagu puisi cenderawasih merupakan ahli yang paling muda dalam numera dan bergiat aktif dalam gerakan membuat album lagu puisi agar sesebuah puisi itu tidak lapuk dek ditelan zaman.

Menurut Nazri Jamiri antara mahasiswa yang terlibat dalam majlis tersebut memaklumkan keterujaan yang teramat sangat kerana dapat bertemu dengan ikon sasterawan negara. Tambahnya lagi peluang ini tidak dapat dimiliki oleh orang lain dan beliau sangat bersyukur terpilih untuk bersama sama sasterawan negara. Beliau juga berterima kasih kepada pihak fakulti kerana menerima baik kehadiran sasterawan negara di Fakulti Kemanusian Seni Dan Warisan.

Majlis dijangka selesai sekitar pukul 5.00 pm. Majlis di serikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.   



KONTRA 5 BERJAYA.

UMS: Kontra 5 berjaya menyelesaikan projek akhir dengan tarian yang begitu memukau penonton.

Seramai 15 orang pelajar major tari daripada Program Seni Kreatif Ha11 Universiti Malaysia Sabah mempersembahkan tarian berkonsepkan kontemperari dan tradisi. Tarian dan Pergerakan yang lemah lembut dan penuh sopan menjadi tarikan bagi pengunjung yang telah datang.

Nisfu Tawasil 23, memberitahu minat dalam bidang tarian sudah muncul sewaktu beliau di bangku sekolah lagi. Peluang yang di berikan oleh pihak universiti membolehkan dirinya belajar sedikit sebanyak tarian tarian tradisi dan juga moden. Lebih lebih lagi bidang ini mendapat sokongan penuh daripada keluarga.

Kontra 5 di bahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap persembahan yang pertama mereka memilih tarian kontemperari yang menggabungkan tarian moden dan tradisi hasil ciptaan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan bakat mereka bukan sekadar dalam tarian tapi mampu berfikir secara kritis untuk mencipta sesuatu tarian yang baru serta menarik.

Tarian berlangsung selama 3 hari. Pada hari rabu dan khamis masih mengekalkan konsep kontemperari manakala pada hari jumaat mereka berkumpul dan menyajikan tarian tradisi seperti joget, dan zapin.

Dianggarkan seramai 200 penonton yang hadir menyaksikan persembahan yang telah mereka persembahkan.

Menurut Muiz 23 salah satu pengunjung yang datang menyaksikan persembahan kontra 5, beliau berpendapat tarian yang di persembahkan begitu menarik dengan lenggok mereka, serta pergerakan yang begitu tersusun sehingga menerbitkan satu irama tarian yang sebati dengan diri mereka.


Kontra 5 berlangsung di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah selama tiga hari. Pengunjung yang bertuah juga di sajikan dengan aktiviti cabutan bertuah. 




MOHAMMAD SHAZLIKA BIN SAHRUDDIN

BA15160789

ROGOL BERKUMPULAN 5 DIDAKWA

Feb 11, 2018 - SABAH : Lima lelaki telah didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pagi isnin lalu atas tuduhan melakukan rogol secara berkumpulan terhadap seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah pada Sabtu lalu.
Tertuduh, Jamil Sembilan, 23; Sulaiman Rembo, 25; Ismail Syamsir, 23; Badrul Munir, 26; dan Andy Marcus, 25. Mengaku tidak bersalah serta memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan kepada mereka dijatuhkan. Masing-masing mereka bekerja sebagai kelindan lori dan pemandu lori. Mangsa adalah Anita Ahmad, 23; merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan akuatik dan sumber alam.
Berdasarkan daripada kertas tuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan rogol secara berkumpulan terhadap mangsa di sebuah pondok berhampiran pantai ODEC UMS pada jam 7.00 malam 11 february lalu. Menurut mangsa Anita, 23; telah diserang daripada belakang dan diheret ke sebuah pondok dan matanya ditutup menggunakan kain menyebabkan dia tidak dapat melihat suspek dengan jelas.
Menurut saksi, tertuduh  dilihat sedang memancing dilaut dengan menaiki sebuah bot berhampiran pantai ODEC pada petang kejadian. Timbalan Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah, Ismail Ali; berkata, beliau memandang berat terhadap kes ini dan akan memastikan keselamatan disekitar kampus akan lebih diperketatkan agar kes ini tidak berulang lagi.
Siasatan masih dijalankan dan mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap kesemua yang tertuduh dan menetapkan 1 April depan untuk sebutan semula kes. Bagi kesalahan itu, mereka akan didakwa mengikut seksyen 377C Kanun keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Universiti Malaysia Sabah Menyambut Baik Lawatan Sasterawan Negara Ke-11

Mac 11, 2018 – SABAH: Lawatan sasterawan Negara ke-11 iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (KEMALA) telah di sambut baik oleh UMS dengan kerjasama pihak Dewan bahasa dan pustaka. Program ini telah dirasmikan oleh Prof Ismail Ibrahim, Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan. KEMALA merangkap presiden Persatuan Sasterawan Numera Malaysia (NUMERA) yang telah mengangkat kesusasteraan secara konsisten dan sekaligus menduniakan Bahasa Melayu kepada masyarakat.
Dalam sesi lawatan tersebut selain daripada ucapan Kemala dalam memperkenalkan NUMERA, terdapat juga beberapa acara yang dilangsungkan seperti bacaan puisi, nyanyian lagu puisi temuramah dan sesi soal jawab. Antara ahli NUMERA (Nusantara Melayu Raya) yang terlibat dalam program itu ialah Pak Cik Amir, Umar Uzair, Shirley Idris, dan Dato Dr. Nashuha Jamaidin.

Nazri Jamiri 23, pelajar tahun akhir major penulisan dan selaku pengarah program berkata “ program sebegini diharapkan berupaya untuk menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya yang berperanan sebagai sebuah elemen fundamental dalam pembentukan idea baru dalam bangsa Malaysia yang terbilang.



SABAH BERGEGAR LAGI!
MAC 18, 2018 - SABAH: Gempa bumi berukuran 5.2 skala ricter dilaporkan berlaku di pekan Ranau, malam ini. Keadaan ini telah menggemparkan penduduk ranau dan kawasan sekitarnya seperti Kota Kinabalau, Kota Belut, Tuaran dan Papar.  Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata kejadian gempa ini bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku selepas gempa bumi pada 2015 dahulu yang banyak meragut nyawa dan gempa bumi kali ini adalah kedua terbesar.
Difahamkan gegaran antara 5 hingga 10 saat itu turut menyebabkan penghuni di pangsapuri sekitar bandar raya ini bergegas keluar rumah dan berkumpul di pekarangan bangunan. Namun Jabatan Meteorologi berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi berkenaan dan gempa susulan berkemungkinan besar akan berlaku lagi dalam masa terdekat ini. Warga sabah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan setiap langkah-langkah keselamatan ketika berlakunya gempa bumi. 

Mohd Saiful Nizam Bin Abdul Kadir



Rogol Beramai-ramai. 7 Lelaki Ditahan Reman


Kota Kinabalu, polis memberkas 7 lelaki bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan 8 lelaki dalam satu kejadian di pantai UMS pada 3 mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Suhaimi Kadir berkata  ketujuh-tujuh suspek itu diberkas pukul 3 pagi semalam di bandar Kota Kinabalu dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari. Perintah reman terhadap tujuh suspek yang berusia 20 hingga 30 –an bermula hari ini, katanya yang ditemui pemberita di balai polis Kota Kinabalu, kemarin.
Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sejenis syabu. Katanya . menurut Suhaimi polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan seorang lagi suspek dalam kes yang disiasat menurut seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan juka sabit kesalahan.

Dalam kejadian pada 6.45 petang itu. Seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun dari Papar yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki di semak berhampiran pantai.


Konvesyen Fiqh Borneo 5.0 Anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS

ISNIN, 19 MAC 2018 – Konvensyen Figh Borneo 5.0 anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS buat julung kalinya diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini. Masjlis perasmian Konvensyen Figh Borneo 5.0 telah disempurnakan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UMS, Ustaz Mohammad Fazri Abdul Hamid.
Beliau berkata konvensyen itu antara lain bertujuan untuk mewujudkan persekitaran Islam di dalam kampus disamping memberi peluang kepada siswa-siswi untuk menonjolkan bakat mereka dalam pelbagai pertandingan seperti pertandingan pidato, seni khat, sukan bola jaring, futsal dan pertandingan menulis puisi.        
“Penganjuran program seumpama ini mampu untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta serta membentuk mahasiswa seimbang dari segi intelek, sahsiah dan kerohanian,” katanya.
Beliau turut merakamkan setinggi tahniah kepada jawatankuasa pelaksana dan semua yang terlibat dalam memastikan Konvensyen Fiqh Borneo 5.0 berlangsung dengan jayanya.
Antara panel penceramah pada konvensyen tersebut adalah Mudir Darul Hadis Sabah, Ustaz Mat Razali Mat Lazin dan Pensyarah  Kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS, Dr. Aliakhbar Gulasan.
Konvensyen Figh Borneo 5.0 merupakan kemuncak kepada Program Minggu Penghayatan Islam (MPI) bertemakan Islam is The Way of Life yang telah berlangsung selama seminggu



Sasterawan Negara Ke-11 Bersama Pelajar UMS.

Khamis, 15 mac 2018 – kunjunagan beberapa sasterawan negara di blok seni Universiti Malaysia Sabah pada kira-kira jam 1 tengahari untuk menjayakan program yang mengangkat ketokohan sastera Melayu. Program yang melibatkan pelajar-pelajar UMS khususnya pelajar tahun 2 dan 3 dalam major penulisan telah didedahkan dengan NUMERA. Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kamala iaitu sasterawan negara ke-11 telah menghadiri program tersebut dimana program ini dirasmikan oleh dekan fakulti iaitu Professor Ismail Ibrahim untuk menyambut sasterawan negara kita yang ke 11, KAMALA.
Menurut  KAMALA, Persatuan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) ini diwujudkan unutk mengangkat kesusasteraan secara konsisten dan memartabatkan  Bahasa Melayu ke serata dunia. Ianya mampu membuka minda masyarakat dalam merealisasikan kesusasteraan  serta berperanan  untuk menggerakkan semangat juang yang tinggi.
Program ini juga dihadiri oleh beberapa ahli ternama dibawah persatuan Nusantara Melayu Raya ( NUMERA ) iaitu Umar Uzair, Shirley  Idris, Dato Dr. Nashuha Jamidin dan salah seorang wakil dari pihak DBP.
Pelbagai persembahan yang menarik daripada NUMERA antaranya Dato Dr Nashuha Jamidin membawa puisi KEMALA bertajuk “40 mim” dengan alunan Al-quran, Umar Uzair menyampaikan puisinya iaitu “ cenderawasih “ dengan berlatarkan muzik, Shirley Idris meyampaikan puisinya iaitu “ Bahasa Bertamsilkan Dosa “  dengan dikreatifkan bersama gerak tarian yang berlatarkan instrument kulintangan.
Manakala beberapa orang pelajar tidak melepaskan peluang untuk mendeklamasikan puisi hasil karya sendiri. Hal ini sekaligus mampu memberi pertambahan ilmu kepada mereka yang terlibat dalam program tersebut dan dapat mengembangkan lagi karya yang dihasilkan ke tahap yang lebih tinggi dari aspek gaya penulisan dan mesej yang ingin disampaikan agar dapat memberi manfaat kepada pembaca dan masyarakat.






Analisis Poster dalam Filem Congkak Gambar 1.Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak_(filem)#/media/File:PosterCongkak.jpg  ...