MUHD HAFIZ ABDUL LATIF
BA15160982
Rogol bergilir gilir: Empat Mahasiswa Universiti Direman
KOTA
KINABALU: Empat
penuntut universiti awam di reman tujuh hari bertujuan membantu siasatan bagi
satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di pantai odec
UMS.
Inspektor
, Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an
itu ditahan di kolej kediaman mereka masing masing sebelum dibenar reman
bermula hari ini.
keempat
empat Mahasiswa terbabit , ditahan selepas seorang saksi yang melihat kejadian
membuat laporan polis di Balai Polis alamesra , kira-kira 8.50 pagi semalam.
Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut
Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut
Mangsa
masih dalam keadaan trauma dan dirawat di hospital queen Elizabeth kota
kinabalu.
(Contoh berita)
(Contoh berita)
Memartabatkan
Sasterawan Negara: Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan FKSW UMS Blok Seni
Menyambut Baik Kedatangan Sasterawan Negara Ke 11.
UMS:
15 MAC 2018 Prof Dr Ismail Dekan Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan merasmikan
majis menyambut sasterawan negara ke 11 Datur Dr Ahmad Kamal Abdullah (KAMALA)
merangkap presiden persatuan (NUMERA) Malaysia.
Numera
adalah satu badan yang mengangkat martabat kusasteraaan secara konsisten dan
menduniakan Bahasa melayu. Antara ahli ahli yang terlibat dalam NUMERA selain
presiden NUMERA ialah Pak cik Amir, Umar Uzair,Shirley idris dan Dato Dr
Nashuha Jamidin serta seorang wakil DBP.
Majlis
juga dihadiri oleh mahasiswa Seni Kreatif serta beberapa orang luar yang ingin
melihat sasterawan negara. persembahan puisi yang dideklamasikan para tetamu
juga memeriahkan lagi majlis yang diadakan.
Umar Uzair yang mendedndangkan sebuah lagu puisi cenderawasih merupakan ahli yang
paling muda dalam numera dan bergiat aktif dalam gerakan membuat album lagu puisi
agar sesebuah puisi itu tidak lapuk dek ditelan zaman.
Menurut
Nazri Jamiri antara mahasiswa yang terlibat dalam majlis tersebut memaklumkan
keterujaan yang teramat sangat kerana dapat bertemu dengan ikon sasterawan
negara. Tambahnya lagi peluang ini tidak dapat dimiliki oleh orang lain dan
beliau sangat bersyukur terpilih untuk bersama sama sasterawan negara. Beliau
juga berterima kasih kepada pihak fakulti kerana menerima baik kehadiran
sasterawan negara di Fakulti Kemanusian Seni Dan Warisan.
Majlis
dijangka selesai sekitar pukul 5.00 pm. Majlis di serikan lagi dengan
penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.
KONTRA 5 BERJAYA.
UMS: Kontra
5 berjaya menyelesaikan projek akhir dengan tarian yang begitu memukau
penonton.
Seramai 15 orang
pelajar major tari daripada Program Seni Kreatif Ha11 Universiti Malaysia Sabah
mempersembahkan tarian berkonsepkan kontemperari dan tradisi. Tarian dan Pergerakan yang lemah lembut dan penuh
sopan menjadi tarikan bagi pengunjung yang telah datang.
Nisfu Tawasil 23,
memberitahu minat dalam bidang tarian sudah muncul sewaktu beliau di bangku
sekolah lagi. Peluang yang di berikan oleh pihak universiti membolehkan dirinya
belajar sedikit sebanyak tarian tarian tradisi dan juga moden. Lebih lebih lagi
bidang ini mendapat sokongan penuh daripada keluarga.
Kontra 5 di bahagikan
kepada 4 kumpulan. Setiap persembahan yang pertama mereka memilih tarian
kontemperari yang menggabungkan tarian moden dan tradisi hasil ciptaan mereka
sendiri. Hal ini menunjukkan bakat mereka bukan sekadar dalam tarian tapi mampu
berfikir secara kritis untuk mencipta sesuatu tarian yang baru serta menarik.
Tarian berlangsung
selama 3 hari. Pada hari rabu dan khamis masih mengekalkan konsep kontemperari
manakala pada hari jumaat mereka berkumpul dan menyajikan tarian tradisi
seperti joget, dan zapin.
Dianggarkan seramai
200 penonton yang hadir menyaksikan persembahan yang telah mereka persembahkan.
Menurut Muiz 23 salah
satu pengunjung yang datang menyaksikan persembahan kontra 5, beliau
berpendapat tarian yang di persembahkan begitu menarik dengan lenggok mereka,
serta pergerakan yang begitu tersusun sehingga menerbitkan satu irama tarian
yang sebati dengan diri mereka.
Kontra 5 berlangsung
di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah selama tiga hari. Pengunjung yang
bertuah juga di sajikan dengan aktiviti cabutan bertuah.
Feb
11, 2018 - SABAH : Lima lelaki telah didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pagi
isnin lalu atas tuduhan melakukan rogol secara berkumpulan terhadap seorang
pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah pada Sabtu lalu.
Tertuduh,
Jamil Sembilan, 23; Sulaiman Rembo, 25; Ismail Syamsir, 23; Badrul Munir, 26;
dan Andy Marcus, 25. Mengaku tidak bersalah serta memohon untuk dibicarakan
setelah pertuduhan kepada mereka dijatuhkan. Masing-masing mereka bekerja
sebagai kelindan lori dan pemandu lori. Mangsa adalah Anita Ahmad, 23;
merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan akuatik dan sumber alam.
Berdasarkan
daripada kertas tuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan rogol secara berkumpulan
terhadap mangsa di sebuah pondok berhampiran pantai ODEC UMS pada jam 7.00
malam 11 february lalu. Menurut mangsa Anita, 23; telah diserang daripada
belakang dan diheret ke sebuah pondok dan matanya ditutup menggunakan kain
menyebabkan dia tidak dapat melihat suspek dengan jelas.
Menurut
saksi, tertuduh dilihat sedang memancing
dilaut dengan menaiki sebuah bot berhampiran pantai ODEC pada petang kejadian.
Timbalan Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah, Ismail Ali; berkata, beliau
memandang berat terhadap kes ini dan akan memastikan keselamatan disekitar
kampus akan lebih diperketatkan agar kes ini tidak berulang lagi.
Siasatan
masih dijalankan dan mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap kesemua yang
tertuduh dan menetapkan 1 April depan untuk sebutan semula kes. Bagi kesalahan
itu, mereka akan didakwa mengikut seksyen 377C Kanun keseksaan yang boleh
dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabitkan
kesalahan.
Universiti Malaysia Sabah Menyambut
Baik Lawatan Sasterawan Negara Ke-11
Mac
11, 2018 – SABAH: Lawatan sasterawan Negara ke-11 iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal
Abdullah (KEMALA) telah di sambut baik oleh UMS dengan kerjasama pihak Dewan
bahasa dan pustaka. Program ini telah dirasmikan oleh Prof Ismail Ibrahim,
Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan. KEMALA merangkap presiden Persatuan
Sasterawan Numera Malaysia (NUMERA) yang telah mengangkat kesusasteraan secara
konsisten dan sekaligus menduniakan Bahasa Melayu kepada masyarakat.
Dalam
sesi lawatan tersebut selain daripada ucapan Kemala dalam memperkenalkan
NUMERA, terdapat juga beberapa acara yang dilangsungkan seperti bacaan puisi,
nyanyian lagu puisi temuramah dan sesi soal jawab. Antara ahli NUMERA
(Nusantara Melayu Raya) yang terlibat dalam program itu ialah Pak Cik Amir,
Umar Uzair, Shirley Idris, dan Dato Dr. Nashuha Jamaidin.
Nazri
Jamiri 23, pelajar tahun akhir major penulisan dan selaku pengarah program
berkata “ program sebegini diharapkan berupaya untuk menarik minat pelajar
untuk menghasilkan karya yang berperanan sebagai sebuah elemen fundamental
dalam pembentukan idea baru dalam bangsa Malaysia yang terbilang.
SABAH BERGEGAR LAGI!
MAC
18, 2018 - SABAH: Gempa bumi berukuran 5.2 skala ricter dilaporkan berlaku di pekan
Ranau, malam ini. Keadaan ini telah menggemparkan penduduk ranau dan kawasan sekitarnya
seperti Kota Kinabalau, Kota Belut, Tuaran dan Papar. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi
Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata kejadian gempa ini bukanlah kejadian yang
pertama kali berlaku selepas gempa bumi pada 2015 dahulu yang banyak meragut
nyawa dan gempa bumi kali ini adalah kedua terbesar.
Difahamkan
gegaran antara 5 hingga 10 saat itu turut menyebabkan penghuni di pangsapuri
sekitar bandar raya ini bergegas keluar rumah dan berkumpul di pekarangan
bangunan. Namun Jabatan Meteorologi berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa
bumi berkenaan dan gempa susulan berkemungkinan besar akan berlaku lagi dalam
masa terdekat ini. Warga sabah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan
setiap langkah-langkah keselamatan ketika berlakunya gempa bumi.
Mohd Saiful Nizam Bin Abdul Kadir
Rogol Beramai-ramai. 7 Lelaki Ditahan Reman
Kota Kinabalu, polis memberkas 7 lelaki bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan 8 lelaki dalam satu kejadian di pantai UMS pada 3 mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Suhaimi Kadir berkata ketujuh-tujuh suspek itu diberkas pukul 3 pagi semalam di bandar Kota Kinabalu dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari. Perintah reman terhadap tujuh suspek yang berusia 20 hingga 30 –an bermula hari ini, katanya yang ditemui pemberita di balai polis Kota Kinabalu, kemarin.
Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sejenis syabu. Katanya . menurut Suhaimi polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan seorang lagi suspek dalam kes yang disiasat menurut seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan juka sabit kesalahan.
Dalam kejadian pada 6.45 petang itu. Seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun dari Papar yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki di semak berhampiran pantai.
Konvesyen Fiqh Borneo 5.0 Anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS
ISNIN,
19 MAC 2018 – Konvensyen
Figh Borneo 5.0 anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS buat julung kalinya
diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
Masjlis perasmian Konvensyen Figh Borneo 5.0 telah disempurnakan oleh Pegawai
Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UMS, Ustaz Mohammad Fazri Abdul Hamid.
Beliau berkata konvensyen
itu antara lain bertujuan untuk mewujudkan persekitaran Islam di dalam kampus
disamping memberi peluang kepada siswa-siswi untuk menonjolkan bakat mereka
dalam pelbagai pertandingan seperti pertandingan pidato, seni khat, sukan bola
jaring, futsal dan pertandingan menulis puisi.
“Penganjuran program
seumpama ini mampu untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta
serta membentuk mahasiswa seimbang dari segi intelek, sahsiah dan kerohanian,”
katanya.
Beliau turut merakamkan
setinggi tahniah kepada jawatankuasa pelaksana dan semua yang terlibat dalam
memastikan Konvensyen Fiqh Borneo 5.0 berlangsung dengan jayanya.
Antara panel penceramah
pada konvensyen tersebut adalah Mudir Darul Hadis Sabah, Ustaz Mat Razali Mat
Lazin dan Pensyarah Kanan Fakulti
Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS, Dr. Aliakhbar Gulasan.
Konvensyen Figh Borneo 5.0
merupakan kemuncak kepada Program Minggu Penghayatan Islam (MPI) bertemakan
Islam is The Way of Life yang telah berlangsung selama seminggu
Sasterawan Negara Ke-11 Bersama Pelajar UMS.
Sasterawan Negara Ke-11 Bersama Pelajar UMS.
Khamis, 15 mac 2018 – kunjunagan
beberapa sasterawan negara di blok seni Universiti Malaysia Sabah pada
kira-kira jam 1 tengahari untuk menjayakan program yang mengangkat ketokohan
sastera Melayu. Program yang melibatkan pelajar-pelajar UMS khususnya pelajar
tahun 2 dan 3 dalam major penulisan telah didedahkan dengan NUMERA. Datuk Dr
Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kamala iaitu sasterawan negara
ke-11 telah menghadiri program tersebut dimana program ini dirasmikan oleh
dekan fakulti iaitu Professor Ismail Ibrahim untuk menyambut sasterawan negara
kita yang ke 11, KAMALA.
Menurut KAMALA, Persatuan Nusantara Melayu Raya (NUMERA)
ini diwujudkan unutk mengangkat kesusasteraan secara konsisten dan
memartabatkan Bahasa Melayu ke serata
dunia. Ianya mampu membuka minda masyarakat dalam merealisasikan kesusasteraan serta berperanan untuk menggerakkan semangat juang yang
tinggi.
Program ini juga dihadiri
oleh beberapa ahli ternama dibawah persatuan Nusantara Melayu Raya ( NUMERA )
iaitu Umar Uzair, Shirley Idris, Dato
Dr. Nashuha Jamidin dan salah seorang wakil dari pihak DBP.
Pelbagai persembahan yang
menarik daripada NUMERA antaranya Dato Dr Nashuha Jamidin membawa puisi KEMALA
bertajuk “40 mim” dengan alunan Al-quran, Umar Uzair menyampaikan puisinya
iaitu “ cenderawasih “ dengan berlatarkan muzik, Shirley Idris meyampaikan
puisinya iaitu “ Bahasa Bertamsilkan Dosa “
dengan dikreatifkan bersama gerak tarian yang berlatarkan instrument
kulintangan.
Manakala beberapa orang
pelajar tidak melepaskan peluang untuk mendeklamasikan puisi hasil karya
sendiri. Hal ini sekaligus mampu memberi pertambahan ilmu kepada mereka yang
terlibat dalam program tersebut dan dapat mengembangkan lagi karya yang
dihasilkan ke tahap yang lebih tinggi dari aspek gaya penulisan dan mesej yang
ingin disampaikan agar dapat memberi manfaat kepada pembaca dan masyarakat.