Gambar 1.Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak_(filem)#/media/File:PosterCongkak.jpg
BAHASA – TEXT DAN NOMBOR
Di
dalam poster filem seram congkak mereka menggunakan perkataan congkak sebagai
simbolik genre seram mereka. Kalau di ikutkan kepercayaan orang yang terdahulu,
Congkak adalah satu permainan yang berhantu kerana ia membuat kita leka. Untuk bermain
congkak, jampi mentera akan dibaca di awal permainan. Melalui corak tulisan
yang digunakan mereka menggunakan corak tulisan yang mencorakkan kayu using.
Hal ini mungkin kerana, mereka ingin menggambarkan corak dan jenis kayu congkak
yang lama dan usang.
WATAK PERWATAKAN- EXPRESI WAJAH, MANUSIA
DAN BENDA HIDUP (HAIWAN,TUMBUHAN)
Watak
perwatakan yang ditunjukkan dalam poster congkak tersebut, mereka menggambarkan
watak perwatakan yang ketakutan dengan melihatkan expresi wajah yang sedang
ketakutan. Melalui gambaran yang digunakan, penonton dapat melihatkan bahawa
file mini adalah bergenrekan seram. Selain itu, mereka juga menyelitkan
beberapa benda hidup(haiwan,tumbuhan) bagi memperlihatkan lagi genre seram itu
antaranya ialah mereka meletakkan gambar permainan congkak dengan dikelilingi
batu nisan sepertinya permainan congkak itu berada dikawasan perkuburan. Oleh
hal yang demikian, mereka menggambarkan kepercayaan orang terdahulu yang
percaya bahawa permainan congkak itu adalah permainan yang berhantu.
BUSANA DAN MAKE UP- PAKAIAN, EKSPRESI DAN
SOLEKAN
Busana
adalah pakaian lengkap yang dipakai oleh watak-watak didalam sesebuah filem.
Pemilihan busana sangat penting untuk menyokong dan menonjolkan watak
perwatakan setiap pelakon. Dalam poster filem ini, pemilihan busana mengikut
kesesuian latar dan watak. Sebagai contoh, dalam poster filem congkak ini,
pelakon-pelakon telah menggunakan busana berwarna lembut agar tidak terlalu
menyerlah meski terdapat sedikit warna cerah pada busana. Busana-busana mereka
juga hanya memakai pakaian yang biasa seperti baju tidur dan tshirt biasa.
Make-up
yang diaplikasikan dalam poster ini hanya menggunakan tatarias yang biasa
seperti make-up harian yang tidak berlebihan. Ia menunjukkan watak-watak lebih
realisme dan hanya memberikan sentuhan dibahagian “shading” atau “contour” muka
pelakon sahaja.
PERALATAN- BENDA BUKAN HIDUP (MEMBANTU
WATAK @ ELEMEN PENTING DALAM FILEM)
Seperti
yang tertera didalam poster ini, peralatan yang digunakan untuk membantu watak
atau suatu elemen penting adalah alat permainan Congkak itu sendiri. Ia jelas
diletakkan didalam poster untuk menarik minat penonton untuk mengetahui misteri
yang ada pada congkak tersebut. Selain itu, ia menimbulkan suatu penegasan
bahawa congkak ini adalah elemen yang menggerakkan cerita ini.
Peralatan
lain yang terdapat didalam poster adalah batu nisan. Objek ini diletakkan
diposter sebagai suatu unsur kematian, roh dan seram. Batu nisan ini juga
sebagai suatu simbol didalam cerita dimana ia menyampaikan sesuatu mesej bahawa
filem ini mempunyai cerita tentang kematian.
LATAR BELAKANG TEMPAT DAN LATAR MASA
Latar
belakang tempat adalah satu aspek dan memainkan peranan yang sangat penting
dalam menghasilkan sesuatu filem yang berkualiti tinggi. Latar belakang tempat adalah
satu aspek dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan sesuatu
filem yang berkualiti tinggi Latar tempat yang digunakan dapat melihatkan
unsur-unsur seram yang cuba di lihatkan dalam filem ini dan sekalgus telah
menjayakan penghasilan filem ini.
Latar
masa juga adalah merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menghasilkan
sesebuah filem. Latar masa yang tepat dapat menghasilkan perasaan dan
menimbulkan emosi para penonton untuk bersama-sama menonton filem yang
dihasilkan. Latar masa yang digunakan
dalam filem Congkak arahan Ahmad Idham terbahagi kepada dua iaitu pagi dan
malam. Namun demikian, filem Congkak arahan Ahmad Idham lebih gemar dan banyak
mengunakan latar masa pada waktu malam untuk lebih menonjolkan elemen-elemen ataupun
unsur-unsur seramdalam filem ini.
SIMBOL DALAM POSTER
Dalam
poster filem Congkak arahan Ahmad Idham telah memaparkan beberapa simbol yang
dapat kita lihat. Antaranya ialah simbol batu nisan yang mana dapat memberitahu
kepada audiens bahawa cerita ini adalah genre seram. Simbolik kepada dua buah
batu nisan adalah menceritakan tentang orang yang sudah meninggal dunia yang
gemar bermain congkak dan menghantui orang lain untuk bermain bersama-sama
dengannya dan sekali gus menonjolkan lagi unsur seram di dalam flem tersebut.
Seterusnya, simbol congkak merupakan simbol utama yang mana sangat berkaitan
dengan tajuk serta jalan cerita yang cuba di sampaikan. Simbol congkak yang
ditekankan dalam poster filem ini adalah cuba mengangkat sebuah tradisi
permainan lama yang pada hari ini semakin dilupakan dan cuba di angkat semula
oleh Ahmad Idham melalui filem yang bergenre seram ini. Selanjutnya, wajah para
pelakon yang kelihatan ketakutan menimbulkan dan menguatkan lagi unsur-unsur
filem seram ini.
BANGUNAN
Dalam
pembikinan filem seram, pemilihan tempat adalah salah satu factor yang penting
untuk menyampaikan unsur menakutkan pada penonton. Seperti dalam filem CONGKAK
arahan admad idham, beliau telah menggunakan sebuah banglo besar yang kononnya
sudah agak lama kosong. Oleh itu timbul tanda tanya kepada penonton apa yang
ada pada banglo lama. Melihat kepada persekitarannya sahaja sudah menyeramkan
dengan adanya tasik lama di sebelah banglo tersebut manakala terdapat juga
belukar di belakang rumah itu. Unsur-unsur sebegini sudah cukup membuatkan
penonton takut. Disebabkan persepsi penonton rumah lama atau rumah yang
ditinggalkan mesti mempunyai hantu telah membantu emosi penonton untuk sampai
dengan cepat. Selain itu, dalam filem CONGKAK ini juga terdapat sebuah bilik yang
aneh yang mempunyai sebuah congkak lama dan di situlah tempat bermulanya
perjalanan cerita yang menyeramkan dengan struktur dalam rumah tersebut yang
suram dan gambar-gambar lama yang menyeramkan. Lokasi sememangnya memainkan
peranan besar dalam menyampaikan emosi kepada penonton.
UNSUR KEKAGUMAN-XFACTOR
Setelah
menonton filem CONGKAK ini, unsur kekaguman yang membuatkan saya sebagai
penonton tertarik dengan adegan dalam filem ini apabila anaknya lisa mula
berhalusinasi dengan penjaga rumah tersebut sambil bermain congkak yang dia
sahaja boleh Nampak dan selepas itu ibunya safiah tidak tahan dengan kelakuan
anaknya selalu bermain congkak itu sendirian, telah mengambil keputusan untuk
membuang congkak tersebut di dalam tasik sebelah banglo tersebut. Selain itu
juga, emosi penonton pada kemuncaknya apabila adegan safiah didapati tidur di
siling rumah, apabila dia sedar terdengar bunyi orang bermain congkak, padahal
congkak tadi telah dibuangnya dan apabila safiah pergi ke bilik tidur anaknya
dia melihat anaknya telah hilang. Selain daripada kekaguman daripada naratif
cerita, saya juga kagum melihat teknikalnya iaitu cara penggambaran yang sangat
membantu, cara-cara penggambaran untuk cerita bergenre seram banyak ditunjukkan
dalam filem CONGKAK ini. Ia merangkumi lighting, make up, busana, props, dan
penyuntingan banyak membantu dalam penyampaian cerita seram.
DOMINASI WATAK
Watak
adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah filem. Tanpa watak tiadalah
pelakon dalam filem. Watak terbahagi kepada dua watak utama juga watk
sampingan. Watak utama adalah salah satu pembawa cerita yang di kenala sebagai
antagonis subjek yang membawa perjalanan sesebuah cerita. Dalam filem congkak
dominasi watak dalam cerita ini di pegang oleh satu keluarga. Watak yang dominan dalam cerita ini ialah Kazman
isteri, dan juga anak anak nya. Dalam poster filem tersebut juga di kaitkan
dengan subjek watak utam iaitu sebuah gambar keluarga yang mana keluarga ini
adalah pendominasi dalam cerita ini. dapat di jadikan contoh permulaan cerita
sudah di perlihatkan mereka sekeluarga menghadapi konflik ketika sampai di
sebuah penginapan banglo. Pelbagai peritiwa pelik telah berlaku terhadap
keluarga ini telah di pertontonkan. Watak Lisa yang menimbulkan lagi konflik
dari masa ke semasa kerana telah turun
ke sebuah bilik gelab setiap malam untuk bermain congkak dengan makhluk ghaib.
selepas dari itu pelbagai peritiwa pelik telah berlaku.
SECARA KESELURUHAN- UNSUR SERAM MENONJOL ATAU
TIDAK
Secara
keseluruhan n cerita ini nyata menonjolkan unsur seram. Dari masa ke semasa.
Namun dari segi poster pula ada beberapa unsur yang menyebabkan ia Nampak
seolah olah filem seram komedi ataupun filem seram yang betul betul seram. Ini
kerana akpresiasi wajah pelakon tersebut tidak menunjukkan unsur seram yang
sangat menakutkan. Namun begitu latar belakang poster tersebut menonjolkan lagi
kisah ini adalah kisah seram. Tambahan pula ada di selitkan batu nisan
perkuburan. Untuk pemikiran masyarakat sekarang simbol bagi batu nisan adalah sesuatu yang menyeramkan hal ini
kerana di biasakan oleh nenek moyang kita yang sengaja menakutkan kita dengan
perkara perkara sebegitu, namun saikologi seram itu terbina sendiri sehingga
sekarang. Selain itu penekanan pada
unsur warna juga turut menimbulkan satu cerita miteri di tambahkan pula ada
satu makhluk membawa seorang kanak kanak perempuan berjalan. Dari segi
pemilihan “font” ianya sangat menarik dari penulisan tajuk juga yang menggunakan
font seakan latarbelakang kayu. Mewujudkan lagi unsur seramnya.
Jika
dilihat dari segi filem pula. Sudah tentu unsur unsur suspen rakaman lembaga
adalah satu konsep bagimana untuk bermain dengan saikologi penonton. Dari segi muzik pemilihan muzik sangat
tepat untuk genre seram sebegini. Latar tempat juga dalam filem ini telah
memainkan peranan yang sangat besar
untuk menguatkan lagi unsur kekaguman seram dalam file ini.
Kesimpulannya
filem ini dari segi poster cuma apresi wajah watak itu sendiri perlu di beri
penekanan agar sesebuah mesej seram itu dapat di capai. Namun dari segi
penceritaan dalam filem tersebut boleh di katakan cemerlang.
Sufiah terdengar bunyi orang bermain congkak dan sering dilanda
mimpi ngeri berkaitan dengan Lisa, nenek tua dan congkak. Sufiah mula berasa
tidak tenteram untuk tinggal di rumah tersebut. Penunggu yang berupa seperti
nenek tua atau Opah itu ingin sering bermain-main dengan Lisa. Apabila
mendapati ibu bapa Lisa menjadi penghalang terhadap hubungan Opah dan Lisa,
Opah mula bertindak semakin agresif. Dia semakin berani menakut-nakutkan
ahli-ahli keluarga Kazman dan pada akhirnya berjaya melarikan Lisa ke alam
ghaib.
Laras Bahasa
ANALISIS FILEM CONGKAK
SINOPSIS FILEM CONGKAK
Mengisahkan
tentang Kazman serta isterinya Sufiah pergi bercuti bersama dua orang
anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Banyak peristiwa
pelik yang berlaku semasa mereka berada di banglo tersebut. Sufiah cuba untuk
meyakinkan Kazman keluar dari rumah itu tetapi tidak dipedulikan suaminya. Sufiah
sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak
mereka, iaitu Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap yang ada di
banglo itu untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya dapat dilihat
olehnya. Sufiah yang tidak tahan dengan perkara itu telah bertindak membuang
congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di
belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa
bermain menghadap kubur lama. Suatu malam, Sufiah dikejutkan dengan bunyi
congkak dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dia melihat orang
tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin
pelik dan menyeramkan sehingga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah
didapati tidur di atas siling bilik.
TEMA
Tema
yang dapat dilihat dalam filem congkak ini ialah tentang sebuah permainan
tradisional melayu iaitu CONGKAK. Seperti yang kita tahu melalui sosiobudaya
melayu, permainan congkak mempunyai cerita motos yang menganggap bahawa
permainan itu tentang sebuah kematian kerana bentuk congkak itu sendiri
menyerupai kuburan dan mempunyai tujuh lobang yang mempunyai banyak maksud.
Disebabkan cerita-cerita mitos ini yang banyak menjadi tanda tanya kepada
masyarakat, ahmad idham dan piare andre cuba untuk membuat penyelidikan dan
hasilnya mereka terjemahkan menjadi sebuah filem iaitu filem congkak. Oleh itu,
disebabkan tema filem ini mengangkat maksud lain dalam permainan congkak telah
menarik minat penonton untuk menonton file mini untuk mengetahui lebih dalam
lagi tentang congkak itu sendiri.
WATAK
(NANA
BAHARUDDIN)
Nana
Baharuddin merupakan salah seorang pelakon utama dalam filem congkak yang
memegang watak sebagai Sufiah. Sufiah iaalah seorang isteri kepada kazman dan
juga merupakan ibu kepada Ely dan Lisa. Perwatakan sufiah dalam cerita congkak
ini adalah sorang ibu yang penyayang dan
seorang yang cepat merasai sesuatu yang aneh dalam setiap keadaan.
(RIEZMAN
KHUZAIMI)
Riezman
Khuzaimi merupan pelakon utama dalam filem congkak ini. Dimana Riezman memegang
watak sebagai Kazman, iaitu suami kepada
Sufiah dan bapa kepada Ely dan Lisa. Kazman sering diganggu sehinggakan
anak-anak dan isterinya turut diganggu disebabkan Kazman yang membawa mereka
bercuti dan tinggal di banglo tersebut.
(ERYNNE
ERYNNA / ERIN MALIK)
Erynne
Erynna memegang watak sebagai Lisa manakala Erin Malik memegang watak sebagai
Ely iaitu kakak kepada Lisa. Dalam filem ini Ely dan Lisa adalah mangsa keadaan
dimana Lisa sering diganggu dengan nenek tua yang selalu mengajaknya untuk
bermain congkak di dalam sebuah bilik. Watak mereka berdua berjaya dibawa
dengan begitu baik.
PLOT
Permulaan
bermula apabila Kazman, lakonan Reizman Khuzaimi, membeli sebuah
rumah lama menerusi seorang kawannya. Tanpa memeriksa terlebih dahulu, Kazman
terus membeli rumah lama itu dan menjadikan rumah tersebut sebagai lokasi
percutian dia dan keluarganya. Dalam perjalanan kerumah bangle tersebut, Kazman
ada bertanyakan jalan kepada seorang tua yang misteri. Semakin
mereka mendekati rumah tersebut, semakin banyak peristiwa aneh dan menyeramkan
berlaku. Bermula dengan mimpi ngeri yang dialami oleh Sufiah manakala Ely dan
Lisa mengadu mendengar suara Opah yang memanggilnya berkali-kali
Pertengahan
Peleraian
Namun,
kehadiran seorang lelaki tua atau Pak Tua, lakonan M. Rajoli, yang bertindak
sebagai penyelamat mengubah keadaan. Pak Tua yang memiliki kemahiran dalam
bidang paranormal dan mistik berusaha untuk menewaskan penunggu kawasan rumah
tua itu bagi mengembalikan Lisa.
Laras Bahasa
Filem Congkak merupakan filem seram dibawah
arahan Ahmad Idham berdasarkan skrip yang di tulis oleh Pierre Andre.
Kisah Filem Congkak ini bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah
mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo
di tepi tasik. Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin
pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah
tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah
tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya. Salah seorang anak mereka, Lisa
setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan
seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh
bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik.
Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada
malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling
bilik. Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah
tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.
Bahasa
yang digunakan dalam filem Congkak ini ialah bahasa melayu pasar. Dialek bahasa
lain tidak digunakan dalam file mini. Pendekatan bahasa melayu pasar mudah
membuat penonton faham perkara yang ingin disampaikan. Selain itu file mini
juga menggunakan bahasa keagamaan yang mana penggunaan bahasa dari ayat suci
Al-Quran untuk menggambarkan filem tersebut mempunyai unsur-unsur budaya melayu
islam yang mengamalkan perubatan rukyah tradisional kampung. Sebagai contoh Pak
Tua meminta Kazman untuk membaca selawat Nabi tetapi Kazman tergagap-gagap. Seterusnya
bahasa kamera memainkan peranan penting. Dalam file mini, bahasa kamera
digunakan untuk unsur-unsur saspen dan flashback.
Latar
Latar adalah tempat, suasana, ruang, dan waktu
terjadinya cerita. Latar boleh bersifat nyata, benar, fakta dan juga melalui
imaginasi. Fungsi latar adalah memperkuat dan memperteguh keyakinan pembaca
terhadap sesuatu jalan cerita. Terdapat lata masa, latar tempat, dan latar
masyarakat.
Latar
tempat dalam filem Congkak menerangkan latar tempat di Kawasan luar bandar dan
Kawasan hutan yang terletaknya sebuah banglo ditepi tasik. Latar tempat di
sebuah banglo di tepi tasik merupakan penggerak cerita contohnya kisah ini
bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti
Bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah
berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai
persinggahan semasa cuti.
Seterusnya,
latar masa yang digunakan dalam filem Congkak ialah pada sekitar tahun 2008.
Terdapat juga beberapa latar masa yang digunakan dalam filem Congkak ini
seperti waktu pagi, senja dan malam. Sebagai contoh, Pada waktu malam , Sufiah dikejutkan lagi
dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi
melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama
peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga
kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.
TEORI
Dalam filem Congkak, terdapat juga pendekatan
teori yang di gunakan dalam filem ini. Congkak adalah sebuah permainan yang
positif. Nilai-nilai positif ini dapat dilihat menerusi beberapa babak dalam
filem Congkak. Permainan congkak memerlukan kecerdasan akal untuk berfikir,
pemerhatian dan penelitian yang tajam selain sifat jujur dan saling
percaya-mempercayai antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, dua orang yang
sedang bermain congkak perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Pendekatan teori digunakan
dalam filem arahan Ahmad Idham yang mana teori Gangguan Makhluk Halus Dalam
Filem Congkak. Filem Congkak mendedahkan secara dialog mengenai bagaimana
gangguan makhluk halus boleh berlaku. Berdasarkan kata-kata seorang bomoh dalam
file mini, apabila seorang anak adam itu bermain-main pada waktu senja, maka
kemungkinan akan melanggar secara ghaib dengan makhluk-makhluk halus.
Makhluk-makhluk halus ini berkemungkinan akan terperangkap dalam tubuh anak
Adam dan keadaan ini akan menyebabkan anak Adam meracau-racau. Melihat kepada
watak Ely ( Nur’ Arina ) meracau-racau mahu pulang ke tempat asalnya. Dalam kes
ini, kekuatan makhluk halus malampaui kudrat anak gadis yang bernama Ely.
Namun, makhluk halus itu sebenarnya Cuma terperangkap dalam badan Ely lalu
kerasukan meminta dilepaskan. Dengan kaedah paranormal, bomoh tersebut Berjaya
mengeluarkan makhluk halus itu dari tubuh Ely.
Selain itu, teori estetika dalam filem Congkak dapat di
lihat melalui dialog-dialong yang digunakan. Seperti di ketahui teori estetika
merupakan teori keindahan. Penggunaan dialog keislaman memperlihatkan keindahan
dialog. Sebagai contoh, Pak Tua meminta Kazman untuk membaca Selawat Nabi.
Selain itu latar tempat yang menarik. Hal ini bersesuaian dengan teori etetika.
Kedudukan banglo yang yang terletak di sebelah tasik memperlihatkan keindahan.
Laras